suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doktor pelatih maut tercekik ketika pertandingan makan kek coklat

Yudina meninggal dunia di lokasi kejadian.

SEORANG doktor pelatih meninggal dunia secara mengejut akibat tercekik selepas makan tiga kek coklat.

Ketika insiden berlaku, Alexandra Yudina, 23, dilaporkan mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan makan kek coklat dengan dua yang lain.

Rakaman CCTV menunjukkan seorang jurugambar mengambil gambarnya ketika dia tiba-tiba berdiri dalam keadaan tidak stabil.

Yudina kemudian sesak nafas sebelum rebah di atas lantai di sebuah bar dekat Moscow.

Kakitangan bar terbabit dan rakan-rakannya cuba membantu tetapi tidak berjaya mengeluarkan kek yang tersekat di kerongkongnya.

Ambulans tiba di lokasi kejadian tetapi paramedik gagal menyelamatkan gadis itu.

Namun rakan kepada Alexandra yang dikenali sebagai Sasha mendedahkan gadis itu disahkan menghidap leukemia enam bulan lalu. - Metro.co.uk

tercekik, kek coklat, doktor pelatih

Artikel Lain