suria

Penyerang jerit ‘koronavirus’ pada lelaki Thailand sebelum rompak, tumbuk mangsa hingga patah hidung

Lelaki Thailand itu diserang dua remaja sebaik sahaja turun dari sebuah bas di Fullham, barat daya London. Foto: Google/ Metro.co.uk

SEORANG lelaki Asia Timur mendakwa dia diganggu dan diserang, sebelum dirompak oleh dua remaja dalam satu kejadian di barat daya London, minggu lalu.

Mangsa, Pawat Silawattakun, 24,  mendakwa dua remaja terbabit sempat menjerit perkataan 'koronavirus' terhadapnya sebelum bertindak menumbuk hidungnya sehingga patah.

Terdapat laporan sebelum di mana orang ramai mengaitkan jangkitan penyakit yang berasal dari Wuhan, China itu dengan penduduk Asia Timur.

Silawattakun yang berasal dari Thailand dan merupakan seorang perunding cukai memberitahu: "Saya baru sahaja keluar dari bas di Fulham apabila saya terdengar suara dari kiri di seberang jalan.

"Saya kemudian menanggalkan fon kepala (headphone) yang dipakai ketika itu ketika remaja terbabit menjerit 'koronavirus' sambil ketawa dan merakam.

"Saya tidak ada peluang untuk mengatakan sesuatu , apabila salah seorang daripada mereka merampas fon kepala saya," ujarnya.

Silawattakun berkata dia cuba mengejar remaja terbabit namun salah seorang daripada mereka menumbuknya di muka.

Polis kini melancarkan siasatan berhubung kes tersebut dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat. - Metro.co.uk

koronavirus, Thailand, tumbuk, London

Artikel Lain