Dikhuatiri jadi pesakit termuda, bayi 8 bulan akhirnya sah bebas Covid-19

Bayi bernama James mempunyai simptom-simptom Covid-19 sebelum dikejarkan ke hospital untuk menjalani ujian. Fot: Peter Cripps/ Brighton Pictures/ London News Pictures Ltd

SEORANG bayi berusia lapan bulan yang dikhuatiri menjadi pesakit termuda yang didiagnos koronavirus atau Covid-19, akhirnya disahkan bebas daripada wabak berkenaan.

James Adlam dilaporkan mendapat simptom-simptom Covid-19 selepas mempunyai kontak dengan seorang pesakit lain.

Bayi itu mula menunjukkan tanda-tanda seperti suhu badan yang tinggi, hidung berair, batuk dan keletihan, dan dibawa ke hospital untuk menjalani ujian.

Keadaan James benar-benar membuatkan ibunya, Stephanie, 28, bimbang dan ketakutan.

Keluarga itu, termasuk bapa dan kakak James, kemudian dikuarantin di rumah sebelum akhirnya mereka semua disahkan bebas penyakit tersebut.

Stephanie menyifatkan perkhabaran tersebut sebagai sesuatu yang menggembirakan dan seolah-olah bebanan besar di bahu sudah terlepas.

Dia memberitahu The Sun: "Ia adalah minggu yang sangat gila, saya tidak boleh menghuraikannya dengan kata-kata. Saya hanya berasa lega dan semua keluarga saya akan menjadi ok". - Metro.co.uk

bayi, Covid-19

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik