suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dibuang bagai sampah! Kaki kuda diikat, dibiar mati di sebalik timbunan daun

Kejadian berlaku di Beaconsfield, England.

TIDAK berperikemanusiaan.

Begitulah yang dapat menggambarkan sikap kekam pemilik kuda yang membiarkan haiwan itu mati di sebalik timbunan daun di Beaconsfield, England.

Seorang individu kemudiannya menemui kuda itu pada 1 Februari lalu.

Lebih sayu, kaki haiwan itu turut diikat.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Diraja Penecegahan Kekejaman Haiwan menyelar sekras-kerasnya tindakan itu.

Malah, mereka juga giat menjalankan siasatan bagi mencari si pelaku.

"Ianya menyedihkan untuk semua orang apabila haiwan dibuang seperti sampah," ujar Inspektor Jaime Godfrey yang menyiasat perkara itu.

Ujarnya, pemilik sepatutnya menghantar haiwan kepada pusat perlindungan jika sudah tidak mampu untuk menjaga mereka. - India Times.

kuda, kekejaman haiwan

Artikel Lain