suria

Misteri cincin pemberian suami hilang 47 tahun lalu terjawab... tercicir di Amerika, ditemui tertanam di Finland

Debra McKenna menangis kegembiraan apabila cincin yang dihilangkannya 47 tahun lalu ditemui semula. Foto WGME

SEORANG wanita menangis kegembiraan apabila menemui cincin mendiang suaminya di sebuah hutan di Finland.

Penemuan cincin itu selepas 47 tahun dia kehilangan aksesori itu di Amerika Syarikat (AS).

Debra McKenna, 63, menerima cincin tersebut daripada suaminya, Shawn yang ketika itu merupakan kekasihnya, pada 1973.

Cincin itu kemudian tercicir di tandas di sebuah gedung beli-belah di Portland, Maine di AS, selepas Debra menanggalkannya untuk mencuci tangan.

Shawan bagaimanapun tidak terlalu kecewa dengan kehilangan cincin tersebut.

Pasangan itu berkahwin selama 40 tahun sehingga suaminya meninggal dunia pada 2017.

Pada Januari lalu, seorang lelaki menggunakan pengesan logam di sebuah taman di Kaarina, Filand, sehingga menemukan sebentuk cincin yang tertanam sedalam lapan inci.

Cincin pemberian suami, Shawn McKenna sebelum pasangan itu berkahwin. Foto WGME

Kebiasaannya lelaki berkenaan, Marrko Sainen menemui penutup botol dalam pencariannya, dan teruja apabila menemukan cincin tersebut yang mempunyai tulisan 'Sekolah Tinggi Morse'.

Dia kemudian menghubungi persatuan alumni sekolah itu yang mengenal pasti pemilik cincin tersebut adalah bekas pelajar, Shawan McKenna.

Debra berkata, dia menangis apabila menerima cincin yang hilang sejak sekian lama.

"Amat terharu, masih ada orang yang berhati mulia tampil dan menunjukkan kesungguhan," katanya kepada Bangor Daily News.

"Ada orang yang baik di dunia ini, dan kita memerlukan lebih ramai seperti mereka," tambahnya. - Daily Star

cincin, Finland

Artikel Lain