suria

Covid-19: Kilang di China terjejas, stok iPhone berkurang

Jutaan penduduk negara itu yang masih berada dalam perintah berkurung yang ditetapkan kerajaan. FOTO: Getty.

SYARIKAT teknologi gergasi, Apple mengalami kekurangan stok iPhone gara-gara operasi kilangnya yang terjejas di China akibat Covid-19.

Menurut syarikat itu, pengeluaran produk terjejas sejak penularan wabak itu sekaligus menyebabkan mereka gagal mencapai target kewangan yang ditetapkan.

Biarpun kilang-kilang dilaporkan sudah beroperasi semula, proses penghasilan produk dijangka mengambil masa yang lebih lama.

Ia susulan jutaan penduduk negara itu masih berada dalam perintah berkurung yang ditetapkan kerajaan.

Malah, tempoh operasi kilang juga lebih singkat berbanding sebelum ini.

China pada tahun lalu menjadi penyumbang kepada 15 peratus hasil pendapatan Apple.

"Magnitud impak Covid-19 kepada keuntungan Apple menjelang pertengahan Februari cukup menakutkan," ujar pakar analisis Daniel Ives.

Sehingga kini, China mencatat lebih 70,000 kes Covid-19 dengan 1,870 bilangan kematian. - Daily Star.

iPhone, Apple, Covid-19

Artikel Lain