suria

Pasangan Inggeris, bayi Asia... klinik IVF disaman

Kristina Koedderich dan bekas suaminya memfailkan kesilapan terhadap sebuah klinik IVF akibat kecuaian itu.

PASANGAN mat saleh terkejut selepas mendapati bayi yang dibesarkan mereka menunjukkan ciri-ciri Asia.

Mereka menyalahkan klinik kesuburan di atas kecuaian yang berlaku semasa proses rawatan IVF.

Malahan pasangan itu mendakwa kecuaian itu menyebabkan perceraian mereka.

Kini klinik berpangkalan di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) itu perlu menyerahkan senarai penderma sperma selepas Kristina Koedderich dan Drew Wasilewski memfailkan saman mereka.

Pasangan itu mendakwa ujian DNA mendapati Drew bukan bapa kandung kepada bayi perempuan mereka.

Dalam testimoni bertulis, Drew mendedahkan kemusnahan akibat kesilapan itu.

Lebih malang pasangan itu membelanjakan kira-kira AS$500,000 di Institut Perubatan Reproduktif dan Sains, Saint Barnabas (IRMS) untuk mendapatkan anak.

David Mazie mewakili pasangan itu berkata:"Meskipun mereka amat menyayangi bayi itu, mereka berhak mempunyai anak daripada gen mereka sendiri."

Peguam itu berkata Drew kini mahu mengetahui sama ada dia adalah bapa kandung kepada kanak-kanak lain. - Metro.co.uk

saman, rawatan IVF, bayi Asia

Artikel Lain