suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu muda meninggal dunia selepas lapan hari bertarung nyawa gara-gara leher tersangkut di cermin kereta

Leher Yulia tersangkut di cermin kereta ketika cuba mengangkat anaknya.

SELEPAS lapan hari bertarung nyawa, seorang ibu muda akhirnya meninggal dunia lapan hari selepas lehernya tersangkut di cermin sebuah kenderaan.

Yulia Sharko meninggal dunia pada hari lahirnya yang ke-21 berikutan insiden leher tersangkut di cermin sebuah kereta ketika cuba mengambil anaknya yang berusia dua tahun.

Ketika insiden itu, Yulia dikatakan cuba mengangkat anak perempuannya itu melalui cermin kiri yang terbuka separuh.

Yulia bersama anak perempuannya berusia dua tahun.

Namun ketika itu anaknya tertekan butang automatik cermin kereta yang menyebabkan lehernya tersangkut di situ.

Suami mangsa, Arthur menemui dua beranak itu tidak sedarkan diri dalam kereta tersebut.

Dia terus memecahkan cermin kereta tersebut dan terus menghubungi pasukan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Yulia dari Zabinka, Belarus meninggal dunia akibat daripada asfiksia yang membawa kepada kerosakan otak. - Dailymail.co.uk

Leher, tersangkut, maut

Artikel Lain