suria

Bapa kejam! Dipercayai campak bayi ke sungai dan lepak di sebuah pub sambil minum

Blood berkongsi gambar anaknya di Instagram selepas bayi itu meninggal dunia dicampak ke dalam sungai.

"SAYA hilang bayi saya hari ini," demikian luah sayu seorang ibu muda yang kesedihan selepas kematian anaknya.

Emma Blood,22, kehilangan anak lelakinya berusia sebelas bulan selepas dipercayai dicampak ke dalam sungai di Radcliffe, Greater Manchester.

Lebih menyedihkan insiden tersebut dipercayai dilakukan oleh bapa bayi itu sendiri Zak Bennett-Eko,22 tahun yang telah ditahan pihak polis.

Selepas kejadian Bennett-Eko dikatakan pergi ke sebuah pub, duduk bersama pelanggan lain seperti tiada apa yang berlaku.

Dipercayai dia membawa keluar bayi itu untuk membeli susu sebelum mencampak anaknya ke dalam sungai.

Bennett-Eko dipercayai mencampak anaknya ke sungai.

Blood menyifatkan insiden tersebut amat menyedihkan dan berkongsi gambar bersama anaknya di Instagram dengan kapseyn 'my world, my heart, my soul'.

Dia juga turut menulis, 'I wish i was dead'.

"Saya hilang bayi saya hari ini. Saya sangat sayangkan anak kecil ini dan telah melakukan segalanya untuk dia.

"Saya tidak tahu anak saya telah meninggal dunia sehingga tiba di A&E.

"Kami duduk beberapa jam dengannya, membelai dan mencium sebelum saya terpaksa melepaskannya," luah Blood.

Pasukan paramedik sedaya upaya cuba membantu menyelamatkan bayi tersebut sebelum dikejarkan ke hospital, namun diumumkan meninggal dunia selepas itu.

Pihak berkuasa meneruskan siasatan dan meminta orang ramai tampil memberi maklumat selepas yakin insiden tersebut sempat dirakam oleh orang awam. - Dailymail.co.uk

Bapa, campak, bayi

Artikel Lain