suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu nyaris pengsan anak 'mati' hidup semula ketuk pintu rumah

Konstantin tiba-tiba muncul di depan pintu rumah ibunya.

SEORANG ibu nyaris pengsan selepas anaknya yang 'sudah meninggal dunia tiba-tiba mengetuk pintu rumahnya.

Antonina Mikhailovna, 62, telah mengenal pasti satu mayat dipercayai milik anak lelakinya, Konstantin, 43, selepas hilang pada 18 Mac lalu.

Isteri Konstantin dan anak perempuan turut mengadakan upacara pengebumian untuk suaminya itu.

Namun empat bulan kemudian Mikhailovna terkejut apabila Konstantin muncul di depan rumahnya di Kronstadt yang terletak di Kotlin Island, barat St Petersburg.

Konstantin memberitahu ibunya bahawa dia bertindak menjauhkan diri daripada sesiapa dan berfikir mengenai maksud kehidupan.

Pemuda itu yang bekerja sebagai tentera laut hilang enam hari sebelum ibunya memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Polis kini sedang mengenal pasti identiti lelaki yang dikebumikan isteri dan anak perempuan Konstantin pada Mac lalu. - Metro.co.uk

Konstantin, mati, hidup, tentera laut

Artikel Lain