Muat naik gambar bersama sebelum kelar leher, lengan bayi berusia lima hari hingga mati - Dunia | mStar

Muat naik gambar bersama sebelum kelar leher, lengan bayi berusia lima hari hingga mati

Hiralbahen memberitahu dia tidak mahukan anak perempuannya itu.

SEORANG ibu bertindak mengelar leher dan lengan anak perempuannya berusia lima hari kerana tidak mahu bayi tersebut.

Hiralbahen Bhavsar, 29, ditahan di Little Ferry, New Jersey pada Khamis selepas pihak berkuasa mendedahkan perbuatannya itu.

Dia menghubungi polis ke kediamannya selepas mendakwa sakit dada dan memberitahu anggota bertugas bahawa suaminya, Jaymin, cuba membunuhnya di kediaman mereka di pangsapuri Liberty Street.

Jaymin digari tetapi beberapa ahli keluarga lain di rumah tersebut terkejut dan menafikan perbuatan itu dilakukan lelaki terbabit.

"Tidak, tidak, bukan dia," demikian menurut NortJersey.com.

Polis berkata:"Ketika itu, Hiralbahen keluar dari biliknya dan mengakui dia membunuh bayi perempuannya itu."

Polis kemudian menjumpai mayat bayi tersebut di bilik tidur dengan kesan kelar di leher dan juga lengan.

Semasa disoal siasat polis, Hiralbahen memberitahu dia tidak mahukan bayi tersebut lalu bertindak membunuhnya.

Beberapa jam sebelum insiden itu, Hiralbahen memuatnaik gambar bersama dengan bayi malang itu dan juga suaminya. - Metro.co.uk

kelar , leher , tangan , bayi

Artikel Berkaitan

Artikel Lain