suria

Tak boleh pecut kereta sesuka hati, alat had kelajuan automatik bakal diperkenal

Ia dijangka diperkenal bermula tahun 2022.

KESATUAN Eropah (EU) akan memperkenalkan undang-undang baharu membolehkan setiap kereta dilengkapi alat yang menghadkan kelajuan menjelang tahun 2022.

Peraturan itu yang dipersetujui badan EU akan dibawa ke parlimen Eropah sebelum berakhirnya tahun ini.

Menurut Joshua Harris dari Charity Brake, langkah itu dilihat sebagai satu penanda aras dalam keselamatan jalan raya.

"Langkah-langkah ini akan memberikan lonjakan ke hadapan untuk keselamatan jalan raya abad ini.

"Setiap hari lebih 70 orang cedera parah dan terbunuh di jalan raya United Kingdom (UK), jadi ini adalah langkah yang penting," kata Harris.

Alat yang diberi nama Intelligent Speed Assistance Limiters itu berfungsi menggunakan kamera di dalam kereta yang membaca tanda jalan dan data GPS.

Ia akan menetapkan kelajuan kenderaan secara automatik mengikut had laju di sesuatu kawasan yang dilalui.

Dalam pada itu, pengarang bahagian permotoran di Mirror menyelar idea tersebut.

Ujarnya, ia merupakan satu bencana kepada syarikat pengeluar kereta.

"Apa guna beli Ferrari kalau tak boleh bawa laju," ujarnya. - Mirror.

EU, Had Limit Kelajuan, Kereta

Artikel Lain