Jurutera tuntut RM7.33 juta, dakwa alami depresi gara-gara bos suka kentut ke arahnya - Dunia | mStar

Jurutera tuntut RM7.33 juta, dakwa alami depresi gara-gara bos suka kentut ke arahnya

Kes digugurkan mahkamah pada tahun lalu namun mangsa membuat rayuan sekali lagi pada tahun ini. Gambar Hiasan - MensXP.com

SEORANG jurutera bertindak memfailkan sama terhadap bekas majikannya yang didakwa sering melepaskan kentut ke arah dirinya.

Meyifatkan perbuatan itu sebagai satu penganiayaan, David Hingst mendakwa dia mengalami tekanan perasaan, rasa gemuruh dan kecederaan akibat perbuatan lelaki itu.

Berasal dari Melbourne, Asutralia, dia mendakwa perkara itu berlaku sekitar 2008 hingga 2009, sewaktu dia bertugas di firma kejuruteraan itu.

Biarpun kes itu digugurkan oleh mahkamah pada tahun llau, Hingst sekali lagi membuat rayuan baru-baru ini, lapor New Zealand Herald.

"Sewaktu saya duduk menghadap dinding, dia akan datang ke dalam bilik itu yang kecil dan tiada tingkap.

"Dia akan kentut di belakang saya dan berlalu pergi. Dia buat dalam lima hingga enam kali sehari," ujar Hingst.

Dalam tuntutan itu, Hingst menuntut AS$1.8 juta (RM7.33 juta) terhadap bekas majikannya, Greg Short. - Daily Star.

Kentut , David Hingst , Saman

Artikel Lain

Manchester United terbuka jual Lukaku