suria

Kecoh penumpang minta remaja gambar tak senonoh dalam pesawat

Gambar sekadar hiasan. Foto Getty Images/Mirror UK

PENUMPANG pesawat terpaksa campur tangan apabila terdengar perbualan seorang penumpang lelaki yang meminta gambar tidak senonoh daripada seorang remaja perempuan di dalam pesawat.

Gadis itu duduk berasingan dengan ibu bapanya, dan suspek berusia 30an mula bercakap dengan mangsa.

Perbualan tersebut pada mulanya berjalan lancar sehingga Joanna Chiu, yang duduk di hadapan mereka kemudian mendengar sesuatu yang menjelikkan.

Suspek mula bergurau dan mahu mengajaknya untuk makan malam, tetapi tidak dipedulikan remaja itu.

Dia kemudian menghampiri badannya kepada mangsa sebelum meminta gambar tidak senonoh.

Insiden tersebut dikongsikan oleh Joanna menerusi laman sosial Twitter pada Isnin, mengenai pengalamannya semasa menaiki penerbangan sebuah syarikat penerbangan Kanada.

"Seorang penumpang wanita lain yang duduk di belakang suspek turut mendengar perbualan itu, dan sewaktu lelaki itu ke tempat lain, dia memberitahu remaja berkenaan berhak untuk berpindah tempat duduk," katanya.

Wanita itu memberitahu kru kabin dan penumpang lain mula ditanya mengenai apa yang berlaku.

Sekembalinya ke tempat duduk, lelaki itu diminta oleh kru kabin untuk berpindah tempat duduk, tetapi dia enggan dan sebaliknya mahu bercakap dengan ketua.

Lelaki tersebut akhirnya berpindah tempat duduk selepas diarahkan oleh ketua kru kabin.

Kru penerbangan kemudian memberikan kad ucapan terima kasih kerana campur tangan dan membantu menangani situasi yang berlaku. - Mirror UK

pesawat

Artikel Lain