suria

Wanita terselamat kereta jatuh dari tingkat 8 kawasan parkir

Keadaan sebuah kereta yang terjatuh dari kompleks parkir sembilan tingkat.

SEORANG wanita cedera apabila keretanya terjatuh dari tingkat lapan kompleks parkir kondominimum di Bang Koh Laem di Bangkok, Thailand pada lewat malam Isnin, menurut polis.

Balai Polis Wat Phayakrai menerima panggilan pada pukul 11 malam Isnin berhubung sebuah kereta terjatuh dari bangunan tempat letak kereta sembilan tingkat di kondominium Phraram 3 di Jalan Rama III di Bangkok.

Pemandu dikenal pasti sebagai Rungthip Thongchanreed, 40.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, polis dan pasukan penyelamat mendapati Rungthip tidak sedarkan diri di dalam seorang kereta yang terbalik.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Charoen Krung Pracharak dan menurut doktor, dia kini dalam keadaan yang stabil.

Polis berkata, keretanya merempuh tembok konkrit yang runtuh, sehingga memusnahkan empat motosikal di bawahnya.

Kesan tayar menunjukkan brek digunakan semasa kereta tersebut merempuh tembok tersebut.

Polis percaya wanita berkenaan mengundurkan kereta untuk meletakkan kenderaannya tetapi secara tidak sengaja merempuh tembok.  

-The Nation/Asia News Network


parkir

Artikel Sebelum

Artikel Lain