Wanita tumbuk warga emas gara-gara berjalan perlahan - Dunia | mStar

Wanita tumbuk warga emas gara-gara berjalan perlahan

Emma Sands.

TINDAKAN seorang ibu kepada tiga anak menumbuk seorang wanita tua kerana berjalan terlalu perlahan di luar perkarangan sebuah sekolah dikecam netizen.

Emma Sands, 32, dari Stoke-on-Trent, menyerang warga emas itu kerana dia dalam keadaan terburu-buru.

Wanita itu mengaku tidak bersalah atas perbuatannya yang didakwanya berlaku disebabkan tekanan hidup dialaminya.

Insiden berlaku ketika kedua-duanya sedang berjalan menuju ke sebuah sekolah rendah di Staffordshire, England.

Pendakwa Lynne Warrington berkata:"Mangsa berusia 64 tahun yang mengalami kecederaan tiba di sekolah tersebut bersama dengan cucunya kira-kira pukul 9 pagi. Dia terdengar suatu bunyi dibelakangnya berkata sesuatu yang dia tidak dengar tetapi fikir ia ditujukan kepadanya.

"Dia bertanya kepada kanak-kanak apa yang diperkatakan dan mereka kata ia adalah komen mengenai dia tidak boleh berjalan dengan baik. Dia berpaling ke arah defendan dan bertanya,'Apa yang anda perkatakan?'.

Kanak-kanak ketakutan melihat warga emas itu diserang seorang wanita di luar perkarangan sekolah.

"Sands memintanya untuk diam. Dia sedang memegang kunci basikal dan kelihatan marah. Dia mengayunkan tangan kanannya lalu menumbuk mangsa.

Sands terus mengasari warga emas itu di hadapan kanak-kanak di sekolah terbabit yang dilihat dalam keadaan ketakutan.

Insiden itu dimaklumkan ke sekolah dan Sands akhirnya ditahan.

Ketika disoal siasat polis, Sands memberitahu berasa terganggu kerana tidak boleh memotong wanita tua itu yang berjalan agak perlahan.

Sands turut berkata dia amat tertekan semasa kejadian yang berlaku 7 Februari lalu akibat masalah keluarga dan berada dalam keadaan terburu-buru pagi itu.

Atas kesalahan itu, majistret memerintahkan Sands dipenjarakan selama lapan minggu dan diarahkan membayar pampasan sebanyak 150 pound kepada mangsa. - Mirror.co.uk

tumbuk , warga emas

Artikel Lain