suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kencing atas beg orang lain, penumpang terima padah sebaik sahaja pesawat mendarat

SEORANG penumpang sebuah pesawat ditahan gara-gara membuang air kecil di atas beg penumpang lain.

Pihak pesawat American Airlines telah meminta polis menahan seorang penumpang mabuk dalam penerbangan 1344 sebaik sahaja tiba di Charlotte pukul 12.52 pagi Khamis lalu.

Pegawai penerbangan berkata, 'berikutan penumpang membuang air kecil', pihak polis telah menunggu di pintu dan menahan suspek, yang tidak didedahkan dalam laporan polis.

Menurut laporan polis, mangsa adalah penumpang wanita, namun maklumat mengenai suspek yang ditahan amat terhad.

Jurucakap Charlotte berkata, pihak FBI turut dimaklumkan dengan laporan polis yang dibuat.

Insiden mabuk di atas pesawat itu bukan kali pertama berlaku selepas bulan lalu turut melibatkan juruterbang yang memaksa penerbangan ke Manchester terpaksa di batalkan – Dailymail.co.uk

mabuk, kencing

Artikel Lain