suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua ibu bergaduh di luar sekolah, video adegan pukul, tarik menarik rambut tular

VIDEO insiden pergaduhan membabitkan dua wanita di luar perkarangan sebuah sekolah rendah menjadi tular di media sosial.

Pergaduhan antara dua wanita yang dipercayai ibu kepada murid di sebuah sekolah rendah di Birmingham itu berlaku pada pagi Jumaat lalu.

Berlaku adegan pukul memukul dan tarik menarik rambut antara dua wanita terbabit sebelum mereka ditenangkan orang ramai.

Seorang saksi mendakwa dia terkejut melihat insiden pergaduhan di luar kawasan sekolah ketika dia menghantar anaknya pergi ke sekolah tersebut.

Jelas wanita itu, insiden itu amat menakutkan kerana orang ramai membiarkan pergaduhan tersebut berlaku sebelum ia berjaya dileraikan.

"Semua orang hanya melihat dan membiarkan mereka bergaduh dan menarik rambut antara satu sama lain.

"Ia amat menjijikkan kerana dua wanita itu bergaduh di hadapan kanak-kanak di luar sekolah," katanya.

Polis mengesahkan mereka telah menghubungi sekolah terbabit dan tiadak tangkapan dibuat setakat ini.

Sekolah terbabit enggan memberikan sebarang komen berhubung insiden itu.

Polis West Midlands berkata:"Kami menerima laporan berlaku kekecohan di luar sebuah sekolah di Whittington Oval, Yardley kira-kira pukul 9.12 pagi.

"Insiden berlaku membabitkan pertengkaran antara dua wanita dan pegawai kami dikejarkan ke lokasi kejadian. Tiada tangkapan dibuat," katanya. - Mirror.co.uk

gaduh, ibu

Artikel Lain