Serangan pengganas NZ: Lembaga pengarah The Washington Post kutuk reaksi Trump - Dunia | mStar

Serangan pengganas NZ: Lembaga pengarah The Washington Post kutuk reaksi Trump

Foto Al Drago/Bloomberg

LEMBAGA pengarang portal berita The Washington Post dari Amerika Syarikat (AS) menyelar kenyataan Presiden Donald Trump terhadap insiden tembakan rambang yang berlaku di dua masjid di Christchurch, New Zealand.

Trump memberikan reaksi terhadap serangan oleh seorang lelaki supremasi orang putih yang bersenjata dan membunuh sekurang-kurangnya 49 orang dengan mendakwa bahawa beliau tidak melihat nasionalisme orang putih sebagai ancaman yang semakin meningkat di seluruh dunia.

"Itu adalah mesej yang salah.

Sebaliknya, beliau sepatutnya menyatakan dengan jelas bahawa ideologi 'penggantian' suspek New Zealand itu adalah serangan yang tidak dapat diterima dalam kehidupan manusia bertamadun," tulis lembaga pengarang portal tersebut.

Lembaga itu juga menyatakan bahawa Trump "tidak bersalah dalam tragedi itu, walaupun beberapa kali mengeluarkan kenyataan berbaur Islamofobia dan mengenakan larangan perjalanan ke atas negara yang majoritinya merupakan penganut beragama Islam." - Huffpost

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain