suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

3 minit bomba selamatkan tikus gemuk tersepit di lubang penutup pembentung

KERANA seekor tikus yang tersepit pada lubang penutup sistem pembentungan di jalan, sepasukan anggota bomba terpaksa dikejarkan ke lokasi untuk menyelamatkan haiwan itu.

Akibat obesiti, tikus yang cuba keluar dari lubang besi itu tiba-tiba tersangkut di bahagian perut pada penutup sistem pembentungan di Bensheim, Jerman.

Turut sama memberi bantuan di lokasi adalah sekumpulan penyelamat haiwan.

Keadaan tikus yang cuba meloloskan dirinya dari lubang itu dilihat dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh dan dua tahun ketika bersama bapa mereka, Knut yang melalui kawasan berkenaan.

Kedudukan penutup pembentung di tengah jalan dan adanya tikus berkenaan telah  menarik perhatian dua budak perempuan itu.

Pada mulanya, keluarga itu cuba membantu mengeluarkan tikus itu tetapi ia menyakitkan haiwan itu hingga ia menggigit sarung tangan yang dipakai.

Susulan itu mereka menghubungi penyelamat haiwan profesional yang kemudiannya mendapatkan bantuan bomba.

Hanya tiga minit selepas pasukan bomba mengangkat penutup pembentung barulah tikus itu dapat dilepaskan.

Tikus itu terus ke melompat masuk semula ke kawasan pembentung sebaik pasukan bomba berjaya melepaskannya dari lubang penutup longkang itu.-metro.co.uk

tikut, bomba, Jerman

Artikel Lain