suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ubah penamat filem, penonton Netflix mengamuk di media sosial

NETFLIX menjadi laman penstriman paling popular sejak ia diperkenalkan pada 2011.

Selain filem, siri tv serta kandungan asli yang diterbitkan Netflix sendiri, ia menjadi pilihan ramai dan disifatkan sebagai pengganti siaran televisyen biasa.

Terbaharu, peminat servis penstriman itu mengamuk di media sosial apabila penamat The Notebook dipotong, sekaligus menjadikan ia berbeza dengan karya asal.

The Notebook merupakan filem yang memaparkan kisah cinta Allie dan Noah yang mengambil latar belakang 1940-an.

Rata-rata penonton meluahkan rasa marah mereka menerusi laman Twitter.

"Kenapa Netflix ubah penamat The Notebook?" soal seorang individu.

"Kalau nak tengok The Notebook, jangan tengok di Netflix. Mereka potong penamat cerita," tulis seorang lagi individu.

Selain The Notebook, servis penstriman berbayar itu banyak menyiarkan filem dan siri popular seperti Stranger Things, The Staricase, Master of None, Orange Is The New Black dan 13 Reasons Why. - Daily Star.

Netflix, The Notebook

Artikel Lain