suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Didakwa peraga busana ciplak, Miss Universe Catriona Gray dimalukan

CATRIONA Gray menempa sejarah apabila dinobat Miss Universe 2018, bagaimanapun kali ini Ratu Cantik Filipina ini sekali lagi mendapat perhatian media tetapi untuk sesuatu yang mengaibkan.

Jelitawan itu baru-baru ini dilihat menghadiri pertunjukan fesyen di Sherri Hill pada Minggu Fesyen New York dengan memperagakan busana yang rekaannya hampir sama milik pereka terkemuka India.

Yang menarik perhatian adalah pakaian itu adalah koleksi 2016 Sabyasachi Mukherjee Firdaus.

Susulan itu, Catriona dikecam kerana memakai busana yang mirip rekaan pereka berkenaan.

Menerusi sebuah akaun Instagram, gambar Catriona dan busana asal yang diperagakannya baru-baru ini dimuat naik sebagai bukti ia sesuatu yang diciplak.

Pada gambar itu tercatat kapsyen,"Biar betul!  @catriona_gray di @sherrihill dan pada 2016 @sabyasachiofficial. Fikirkanlah."

Busana yang diperagakan Catriona menampilkan sulaman bunga-bungaan dan potongan berbelah di tengah, seperti mana rekaan yang dihasilkan Sabyasachi.

Cuma sedikit kelainan yang ditampilkan apabila Catriona memakai skirt pendek, manakala gaun oleh Sabyasachi adalah pakaian tradisional India.-IndiaToday

Artikel Lain