suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aneh! Anjing miliki dua mulut, satu lagi di bahagian telinga, lengkap dengan gigi

JIKA sebelum ini pernah dilaporkan mengenai kelahiran pelik seperti kucing dua kepala, kali ini ia melibatkan seekor anjing pula.

Di Oklohama, seekor anjing dilahirkan dengan dua mulut, satu lagi di bahagian dalam telinganya.

Lebih aneh, ia turut hadir dengan set gigi, seperti mulut sebenar dan turut mempunyai cecair seperti air liur.

Ia pada mulanya berada di sebuah pusat perlindungan haiwan sebelum dibela oleh seorang lelaki.

Pemilik pusat perlindungan amal haiwan itu berkata, dia menyedari bahawa anjing itu mempunyai anggota badan yang pelik.

"Sewaktu pemeriksaan awal, petugas kami fikir dia ada telinga lebih.

"Apabila dia dibius untuk pembedahan baru kami sedari bahawa ia sebenarnya mulut. Tak sangka dia ada dua mulut," ujarnya.

Menurutnya lagi, gigi di bahagian mulut kedua itu mula mereput, sekaligus memberi kesakitan kepada anjing berkenaan.

Sebahagian gigi reput telah dibuang manakala yang lain dibiarkan di bahagian itu.

"Kami tak pasti jika ia akan memberi masalah untuknya di masa hadapan.

"Dia sebenarnya tak dapat mendengar, melihat dan menghidu dengan jelas sebab semua anggota di wajahnya macam tak normal," ujarnya lagi. - Daily Star.

Anjing, Pelik, Dua Mulut

Artikel Lain