suria

Blaze budak 7 tahun terpantas di dunia, catat pecutan 13.48s

USIANYA baru mencecah tujuh tahun tetapi kemampuannya mencatat masa 13.48 saat ketika saingan acara 100 meter di Florida, Amerika Syarikat mengejutkan ramai.

Pecutan budak lelaki sado itu membuatkan dia dipercayai pelari kanak-kanak terpantas dunia.

Klip video yang dikongsi di Instagram menunjukkan Rudolph ‘Blaze’ Ingram turut meleburkan rekod masa 14.59 saat yang diciptanya menerusi acara sama pada Ogos tahun lalu.

Jurulatih yang juga bapa kanak-kanak itu, Rudolph Ingram Senior ternyata berbangga dengan pencapaian anaknya.

"Tentu sekali saya bangga untuk menyatakan anak saya mungkin kanak-kanak tujuh tahun terpantas dunia.

"Semua yang dilakukan ketika latihan membuahkan hasil,” katanya.

Blaze adalah pelajar pintar di Sekolah Rendah Cahoon di Tampa, Florida dan model kecergasan di Instagram mempunyai seramai 301,000 pengikut di laman sosial itu.

Bekas pelari Jamaica, Usain Bolt, 32, masih memegang rekod sebagai manusia terpantas dunia dengan catatan masa 9.58 saat untuk acara pecut 100m. Bolt mencipta rekod itu di Berlin, Jerman pada 2009.- bbc.com


Blaze, Tampa

Artikel Lain