suria

Jurufoto teruja nampak kelibat spesies 'rare' tupai albino

SEORANG jurufoto berjaya merakam spesies unik tupai albino di Terusan Lincolnshire, United Kingdom (UK).

Stephen Plant pada mulanya berada di lokasi itu bagi merakam foto burung sebelum ternampak haiwan berkenaan.

"Sewaktu saya di sana, saya nampak ia di atas pokok. Memang sukar nak percaya.

"Dia bergerak perlahan-lahan, ingatkan tikus, rupanya tupai albino. Memang terpegun," katanya.

Difahamkan, hanya terdapat 50 spesies berkenaan di UK.

Ujar Stephen lagi, dia berada dalam jarak 30 meter sebelum merakam foto tupai tersebut.

"Tak lama kemudian, ia turun ke tanah dan melihat dia makan buah. Seronok tengok aksinya," katanya lagi.

Selain manusia, wujud juga haiwan-haiwan albino seperti ular, buaya dan macam-macam lagi. - The Indipendent.

Stephen Plant, Tupai, Albino

Artikel Lain