suria

Bangunan runtuh akibat letupan gas, sembilan orang cedera

SEMBILAN orang cedera dalam satu insiden letupan gas yang telah memusnahkan sebuah bangunan di The Hague pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu kenyataan.

Pada kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan (1500 GMT), insiden letupan gas itu telah menyebabkan sebuah bangunan tiga tingkat yang terletak di Jan van der Heijdenstraat dalam daerah Laakkwartier runtuh.

Bahagian depan bangunan itu musnah sepenuhnya. Perkhidmatan kecemasan segera bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan tiga mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Mangsa keempat masih terperangkap namun boleh dihampiri. Susulan ketidakstabilan binaan itu, operasi menyelamat terpaksa dilakukan secara berhati-hati, menurut kenyataan jabatan bomba The Hague.

Buat masa ini, tiada tanda-tanda bahawa terdapat lebih ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan itu.

Daripada sembilan mangsa yang cedera dalam insiden itu, tujuh telah dibawa ke hospital.

Penduduk 20 rumah di kawasan itu telah dipindahkan dan kini menginap di sebuah hotel.- Bernama

Letgupan gas, bangunan runtuh

Artikel Lain