suria

Hari ini mimpi menang besar, esok menang loteri AS$1 juta

SEORANG lelaki mengikut gerak hatinya untuk memenangi hadiah jackpot loteri AS$1 juta.

Lelaki berusia 52 tahun itu berkata dia telah bermimpi bahawa dia akan menang besar dan memutuskan untuk mengikut nalurinya sebelum membeli tiket loteri pada keesokan hari.

Lelaki itu, seorang penduduk di Montgomery County, memberitahu pegawai-pegawai Loteri Maryland bahawa mimpinya itu telah membawa dirinya berkunjung ke kedai Convenience Crescent di Bethesda dan membeli tiket gores Max A Million.

Lelaki itu kemudian pulang dengan tiket yang mana dia menyedari nombor yang menang tetapi tidak dapat mentafsir keputusannya.

Tidak puas hati, lelaki itu kembali ke kedai tersebut untuk mendapatkan bantuan yang mana seorang kerani mengesahkan bahawa dia telah memenangi hadiah jackpot AS$1 juta.

"Saya macam tak percaya, saya gembira, gembira, gembira," UPI memetik lelaki itu sebagai berkata.

Selepas menang besar, lelaki itu mendedahkan dia merancang untuk membayar tuisyen kolej anak lelakinya dan selebihnya akan dijadikan wang simpanan.

Bagaimanapun, berjudi, bermain nombor ekor atau loteri adalah haram untuk umat Islam.

loteri, jackpot, mimpi

Artikel Lain