suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Jika berlakon filem seram, saya tidak perlu pakai mekap seperti pelakon lain"

Katuwal menyentuh dahinya menggunakan lidah.

BAKAT seorang lelaki yang mampu menyentuh dahinya menggunakan lidah dianggap sesuatu yang mengagumkan.

Yangya Bahadur Katuwal dari Urlabari, Nepal mempunyai kelebihan luar biasa apabila mampu menyentuh dahinya sendiri dengan mengunakan lidah.

Namun pemandu bas berusia 35 tahun itu tidak selalu menggunakan lidahnya itu kerana ia boleh menakutkan kanak-kanak.

Katuwal akui berasa hebat dengan kebolehan yang dimiliki.

Kebolehan itu menjadikan Katuwal seorang selebriti di negara tersebut selepas kawannya memuat naik video di laman sosial.

Katuwal mendakwa dia mempunyai lidah terpanjang di dunia dan hanya satu-satunya manusia yang boleh menjilat dahi sendiri.

"Saya fikir sangat hebat seperti ini, boleh sentuh hidung dengan lidah serta jilat dahi.

"Jika saya mendapat berlakon dalam filem seram, saya tidak perlu memakai mekap seperti pelakon lain untuk menakutkan orang," jelasnya.-Mirror.uk

Lidah panjang

Artikel Lain