suria

Model wanita meninggal dunia secara tiba-tiba selepas keluar minum bersama rakan

MODEL terkenal Ireland Utara, Mairead O'Neill meninggal dunia secara tiba-tiba pada usia 21 tahun, lapor Belfast Live.

Perkhidmatan kecemasan tidak dapat menyelamatkannya dan Mairead diumumkan meninggal dunia pada malam Isnin.

Kehilangan model itu telah memberikan tamparan hebat kepada kawan-kawan dan rakan sekerjanya yang banyak menyokong Mairead selepas kematian ibunya, Karen Pelan akibat kanser 10 bulan lalu.

Bos agensi peragaan, Cathy Martin, yang bekerja dengan Mairead selama enam tahun, berkata dia telah menunjukkan potensi besar sebagai seorang model.

Dia keluar bersosial dengan dua rakan wanita pada malam Isnin dan menikmati beberapa minuman di Pug Uglys sebelum pulang.

Cathy berkata: "Dia hanya berusia 21 tahun, dia belajar dengan susah payah, berusaha mengatasi kesedihan selepas kehilangan ibunya.

"Kehidupan sangat sibuk dan dia bergantung kepada kawan-kawannya untuk mendapat sokongan moral.

"Dia sentiasa melakukan yang terbaik tetapi hidupnya sangat sukar," katanya.

Bagaimanapun, punca kematian model itu belum didedahkan. - Mirror UK

Mairead O’Neill

Artikel Lain