suria

Wanita dicabul polis sewaktu berhenti di lampu isyarat merah

Gambar hiasan (Wheels24)

MALANG nasib seorang wanita apabila polis yang disangkakan berupaya melindungi keselamatan awam ternyata mempunyai niat jahat ke atasnya.

Menurut kertas pertuduhan, wanita itu dicabul sewaktu berhenti di lampu isyarat sebelum dipaksa melakukan seks oral.

Polis berkenaan dilaporkan sudah ditahan pada Isnin susulan laporan kes tersebut.

Ujar mangsa, dia berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah sebelum payudaranya disentuh oleh polis berkenaan melalui tingkap kereta.

Selepas itu, dia diarah memandu ke belakang sebuah gudang sebelum dipaksa melakukan seks oral.

Malah, polis itu turut meluahkan hasratnya untuk melakukan hubungan seks dengan mangsa.

Namun, dia tidak sempat melakukan perbuatan terkutuk itu selepas seorang wanita tampil di lokasi kejadian.

Disebabkan itu, polis berkenaan terus beredar dengan kereta peronda yang dinaikinya.

Selain saksi wanita tersebut, mereka juga berjaya tampil dengan bukti video bagi mendakwa suspek.

Wanita berkenaan kemudiannya membuat laporan polis beberapa jam selepas kejadian itu.

"Pendakwaan ini begitu mengganggu saya, pegawai sepatutnya melindungi orang awam bukannya menggunakan kuasa yang ada untuk melakukan perkara sebegini.

"Lebih teruk, dia melakukan perbuatan itu sewaktu memakai seragam dan menaiki kenderaan peronda polis," ujar Ketua Polis Prince George's County, Hank Stawinski.

Selain siasatan, polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi polis dengan kadar segera.-Edition.CNN.

Cabul, Polis

Artikel Lain