suria

Wanita lumpuh katil runtuh semasa seks, syarikat pengeluar disaman

Gambar hiasan. -fotoGetty

SEORANG wanita lumpuh selepas tercampak dari sebuah katil yang baru dibelinya semasa melakukan seks, Mahkamah Tinggi London mendengar.

Claire Busby, dari Maidenhead, Berks, mengalami kecederaan serius pada tulang belakang apabila dia terjatuh dari katil bersaiz 'super king' ketika mahu mengubah posisinya, mahkamah diberitahu.

Wanita berusia 46 tahun itu mendakwa katil tersebut berada dalam keadaan tidak sempurna ketika kejadian dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengeluarnya Berkshire Bed Company.

Hakim Barry Cotter di mahkamah London diberitahu 'isu utama' dalam kes itu adalah sama ada terdapat kecacatan pada katil dan sama ada kecederaan tragis Busby disebabkan atau berpunca dari katil keluaran syarikat itu.

-fotoAFP

Firma itu menafikan bertanggungjawab terhadap kecederaan Busby dan minta kes itu dibicarakan, dengan alasan katil itu telah dipasang dengan betul.

Mahkamah mendengar bahawa katil itu adalah satu daripada lima buah yang dihantar ke rumahnya ketika itu, pada Ogos 2013, yang mana pengubahsuaian sedang dilakukan.

Busby yang pernah bekerja di industri hartanah cedera seminggu selepas katil itu diserahkan ketika mengadakan hubungan seks dengan pasangannya John Marshall.

Dia memberitahu mahkamah bahawa dia sedang melutut di atas katil dan mahu mengubah kedudukan dengan menghayunkan kakinya ke bawah sebelum kembali berbaring di atas katil.

Ketika itulah, dia mendakwa katil itu runtuh.

-foto PA

"Saya terpusing, kepala saya terhantuk ke lantai, saya jatuh ke tepi dan kemudian saya mendengar seperti bunyi spring di badan saya."

Kakaknya, Natalie Busby memberitahu mahkamah bahawa apabila dia pergi rumahnya selepas kemalangan itu, dia mendapati dua kaki katil itu'hilang'.

Dia berkata mereka tidak membincangkan perkara itu lebih serius kerana Busby berada dalam keadaan teruk.

"Claire tidak berada dalam keadaan baik untuk berbual, pada satu ketika dia dua kali mengalami serangan jantung dalam masa 24 jam."

Busby mendakwa bahawa kaki katil tidak dipasang dengan betul menyebabkan katil itu tidak sekata atau sama tinggi.

Peguamnya Winston Hunter berkata dia menjangkakan tilam itu dapat menyokong berat badannya ketika berbaring di atas katil, tetapi ia gagal.

Hunter berkata pihaknya 'menerima bahawa kemalangan adalah luar biasa dalam keadaan tertentu', tetapi ia cukup jelas kemalangan berlaku kerana katil yang tidak seimbang dan syarikat itu perlu bertanggungjawab.

Pendengaran masih diteruskan. -MetroUK

katil, runtuh

Artikel Lain