suria

Ratu Elizabeth gembira dengar berita kehamilan Meghan

RATU Elizabeth dikatakan gembira dengan berita bahawa Meghan Markle dan Putera Harry bakal menimang cahaya mata pertama mereka.

Pasangan itu mengumumkan berita gembira tersebut beberapa jam selepas mereka mendarat di Australia pada permulaan Jelajah Diraja selama 16 hari di rantau ini.

Mereka sebelum ini berkongsi berita dengan Ratu Elizabeth ahli keluarga diraja lain pada hari perkahwinan Puteri Eugenie, Jumaat.

Kehamilan itu akan menjadi anak pertama mereka selepas mendirikan rumah tangga bulan Mei lalu.

Terdapat spekulasi sejak beberapa minggu lalu bahawa pasangan itu bakal menimang cahaya mata terutama selepas Meghan memakai pakaian yang sangat konservatif pada hari bahagia Eugenie.

Ratu, Duke of Edinburgh, Prince of Wales, Duke dan Duchess of Cambridge juga dikatakan gembira untuk pasangan tersebut.

Seorang sumber kanan istana berkata: "Semua orang sangat gembira dengan berita itu. Seluruh keluarga amat gembira dan berkesempatan mengucapkan tahniah kepada pasangan terrsebut secara peribadi sebelum mereka meninggalkan negara bagi mengadakan kunjungan luar negara yang pertama."

Ibu Meghan, Doria turut dilaporkan gembira mendengar perkhabaran itu dan tidak sabar bergelar seorang nenek. - Mirror UK

Artikel Berikut

Artikel Lain