suria

Pedofil mengaku cungkil mata, panaskan otak mangsa dalam ketuhar, sebelum makan bersama 'kekasih' 12 tahun

Badan mangsa ditemui di rumah tertuduh. Foto east2west news

SEORANG pesalah pedofil warga Rusia mengaku mencungkil mata mangsa dan memasaknya di atas kuali sebelum memakannya bersama 'kekasih' berusia 12 tahun.

Arkady Zverev, 22, juga mengaku bersalah menyebabkan kematian Alexander Popovich, 21, dengan meletakkan kepala mangsa di dalam ketuhar gelombang mikro.

Dalam perbicaraan di mahkamah daerah Kiovsky dekat St Petersburg, Rusia, tertuduh dengan tenang memberitahu dia memakan otak mangsa yang telah dimasak.

Zverev ditahan reman selama dua bulan bagi siasatan terhadap kes yang mengerikan di mana dia mengaku mengapak dan mengerat badan mangsa.

Sementara itu, media 47new.ru melaporkan pasangan kekasihnya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan psikiatri selama sebulan.

Dia adalah bawah umur untuk bertanggungjawab melakukan jenayah dan tidak akan menghadapi pertuduhan.

Pegawai penguat kuasa undang-undang memberitahu, Zverev menghadapi tuduhan membunuh, menyeksa mayat dan melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak. - Mirror Online

pedofil

Artikel Lain

Ahmad Said, isteri disahkan positif Covid-19