suria

Robot seks mesra kanak-kanak diperkenal, sudah 30 unit terjual

Lelaki berkenaan tampil di kaca televisyen bersama robot seks Samantha sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.FOTO: ITV/ThisMorning

SEBUAH robot wanita yang dicipta untuk tujuan seksual mula dijual di United Kingdom dan ia ternyata menarik perhatian ramai.

Dijual pada harga £3,500 (RM16,988), robot bernama Samantha itu sehingga kini sudah terjual sebanyak 30 unit di seluruh dunia.

Robot yang dicaj mengunakan kabel USB itu dikakatakan mampu berkomunikasi dengan pemiliknya kerana dilengkapi sistem artificial intelligence (AI).

Malah, robot itu juga boleh mengesan sentuhan serta suara pemiliknya dan boleh bertukar romantik sekiranya dilayan dengan baik.

Kisah mengenai robotSamantha menjadi kontroversi terbaharu di negara itu setelah pengusahanya, Arran Lee Wright membuat kemunculan di kaca televisyen.

Dia dihentam penonton kerana membuat kenyataan bahawa robot itu mesra kanak-kanak dan dilengkapi family mood sekaligus menjadikan ia sesuai untuk golongan cilik.

Dia yang memiliki firma Synthea Amatus berkata sudah menghabiskan empat tahun dalam pembangunan projek itu.

"Kami menerima reaksi pelik apabila memaklumkan mengenai projek ini, robot ini bukan untuk seks sahaja.

"Tiada apa yang pelik mengenai robot ini, ia membantu manusia, bukannya menggantikan posisi wanita dalam kehidupan ini," ujarnya lagi.

Arran turut mendedahkan bahawa dia membenarkan dua anaknya bermain dengan robot itu sewaktu ia diletakkan dalam family mode.

Kenyataan Arran sewaktu muncul dalam rancangan tersebut ternyata menimbulkan kemarahan orang ramai khususnya golongan ibu-bapa.

Namu, dia tampil mempertahankan diri dan menolak dakwaan orang ramai bahawa ia boleh memberi kesan buruk kepada si cilik.

"Perbezaan robot ini dengan robot seks lain ialah ia dilengkapi sistem AI yang bijak.

"Ia boleh mengesan interaksi, jadi ia selamat untuk kanak-kanak juga," tambahnya lagi.

Tambah Arran lagi, pihaknya juga kini sedang dalam perancangan untuk membina robot seks versi lelaki.-BirminghamMail.co.UK

Robot seks, Samantha

Artikel Lain