Pemuda mati hidup semula dakwa dibawa berjalan ke angkasa - Dunia | mStar

Pemuda mati hidup semula dakwa dibawa berjalan ke angkasa

Sewaktu meninggal dunia selama beberapa minit, dia mendakwa dibawa merentas masa dan bersiar-siar di angkasa. FOTO: sadghuru.org

SEORANG lelaki yang disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan mengejutkan ramai pihak apabila dia hidup semula beberapa minit selepas itu.

Selain keajaiban itu, dia turut mendakwa dibawa merentasi masa oleh seorang individu sewaktu dia meninggal dunia dalam tempoh yang singkat itu.

Hanya mahu dikenali sebagai Fred, pemuda itu menyifatkan pengalaman berkenaan terasa begitu lama sekali biarpun dia sebenarnya hanya tidak sedarkan diri beberapa minit sahaja.

Pemuda berusia 20 tahun itu mendakwa, dia melihat dinding mula runtuh sebelum cahaya terang memenuhi ruangan di lokasi kematiannya.

Ujar pemuda itu lagi, dia dibawa oleh seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai HeaTayaham dan dibawa menaiki tangga ke terowong yang terang.

"Dia kemudiannta membawa saya ke ruangan yang luar biasa dan saya dapat melihat keseluruhan dunia dan semua plantet yang wujud.

"Sewaktu merentasi ruang angkasa, dia menerangkan macam-macam perkara kepada saya dan segala yang diciptanya," dakwa pemuda itu.

Malah, dia juga memberitahu lelaki itu seolah-olah memuat turun satu bahasa baharu ke dalam mindanya, membolehkan mereka bertutur dalam satu bahasa tersendiri.

Tidak lama selepas itu, dia tersedar kembali di hospital dan mengalami kebas di bahagian kaki sehingga tidak berupaya untuk berjalan.

Sementara itu, Dr Sam Parnia, pengarah di hospital itu berkata dia tidak mampu memberi penjelasan berhubung dakwaan lelaki itu.

"Dia menceritakan penngalaman pelik seperti ada seseorang yang menyambutnya ketika dia sedang tak sedarkan diri.-Express.Co.UK.

Dr Sam Parnia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain