suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kasut Kuku Lembu Ini Bernilai RM1,593 Sepasang

Foto dari Walpurgis.

PERNAHKAH anda terfikir bagaimana rasanya berjalan menggunakan kaki haiwan? Nampaknya, persoalan itu dijawab oleh sebuah kedai Jepun yang menjual sepasang kasut kayu yang mirip tapak kaki haiwan.

Sebuah kedai dalam talian, Walpurgis yang pakar menghasilkan pakaian dan aksesori menakjubkan sudah mula menjual kasut pelik itu yang kelihatan seperti kuku kuda.

Ia dibuat sama seperti kaki haiwan tersebut, namun tidak mempunyai tapak pada bahagian tumit.

Kasut itu dipasang dengan riben berwarna krim yang panjang untuk diikat pada kaki si pemakainya.

Walpurgis mengambil pra pesanan kasut tersebut sejak September 2017 dan secara rasminya melancarkan rekaan itu awal tahun ini.

Jangan terkejut dengan harganya yang mencecah 43,200 Yen (RM1,593) dan versi putih serta hitam sudah pun habis terjual. - Oddity Central

kasut kuku lembu, walpurgis

Artikel Lain