Dulu Diejek, Kini Kaki Panjang Jadi Eset - Dunia | mStar

Dulu Diejek, Kini Kaki Panjang Jadi Eset

WANITA ini dilahirkan dalam keadaan kakinya agak membengkok kerana ukurannya dikatakan lebih panjang berbanding biasa.

Fizikalnya yang berlainan itu menyebabkan Ia Ostergren sering diejek kanak-kanak lain di kawasan perumahannya dan juga di sekolah.

"Ketika lahir kaki saya membengkok kerana ruang dalam perut ibu yang terhad, menyebabkan doktor menyarankan supaya kaki disimen untuk sementara atau melakukan senaman dari semasa ke semasa.

"Selepas berfikir panjang, akhirnya ibu bapa memilih cadangan kedua.

"Ketika di sekolah pula, badan saya terlalu kurus dan tinggi serta kaki yang panjang umpama rangka manusia menyebabkan saya sering menjadi mangsa buli di sekolah," katanya.

Kini, pada usianya mencecah 24 tahun, keadaan kakinya bukan lagi masalah, malahan anggota tubuh berukuran 101 sentimeter panjang itu bagaikan eset berharga buatnya.

Wanita berketinggian 178 sentimeter itu kini bergelar isteri kepada juara bina badan Sweden, Torbjorn Ostergen.

Katanya, susuk tubuhnya yang pendek di bahagian atas pinggang dan kakinya yang panjang sering menarik perhatian ramai.

Keunikan pada dirinya membuatkan Ia mempunyai 152,000 pengikut di Instagram.

"Senaman harian perlu untuk mengurangkan tekanan dan mengekalkan bentuk badan menarik.

"Bagaimanapun, tidak dinafikan memang sukar untuk mencari pakaian dan seluar yang sesuai," katanya.-Unilad





Ia Ostergen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain