suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Kargo 'Muntah' Ratusan Jongkong Emas

MOSCOW: Jongkong emas bertaburan di landasan kapal terbang di bandar Yakutsk, timur Rusia selepas pesawat kargo yang membawa sembilan tan muatan bahan berharga itu dilaporkan rosak.

Media tempatan melaporkan, kawasan tersebut dihujani jongkong emas dan platinum bersama berlian sebaik pesawat An-12 itu berlepas.

"Kira-kira tiga tan jongkong emas bernilai AS$378 juta (RM1.4 bilion) berselerakan di  landasan tersebut.

"Siasatan awal mendapati kerosakan pada pintu kargo selain angin kuat menyebabkan ia terbuka secara tiba-tiba," jelas laporan itu lagi.

Susulan kejadian itu, pesawat milik Nimbus Airlines yang menuju ke Krasnoyarsk itu terpaksa mendarat cemas di lapangan terbang Magan berhampiran Yakutsk.

Pihak berkuasa turut menutup landasan terbabit untuk operasi mencari kesemua jongkong berharga itu.

"Sebanyak 172 jongkong emas seberat 3.4 tan telah ditemui setakat ini," kata jurucakap polis. 

Yakutsk, jongkong

Artikel Lain