suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Universiti Gantung Diri Malu 'Dibahan' Kawan Baik

Senior (kanan) bersama abangnya.

SEORANG pelajar jurusan kedoktoran menggantung dirinya selepas malu apabila rahsia yang dikongsi bersama rakannya terbongkar.

Edward Senior,22, menghantar mesej kepada rakan baiknya dengan memberitahu dia amat meminati seorang pelajar perempuan yang terkenal.

Namun rakan pasukan ragbinya itu telah berkongsi mesej tersebut dengan lebih seratus pelajar lain yang dianggap sebagai gurauan.

Senior atau lebih dikenali Ted berasa malu dan bimbangg perkara itu akan mengganggu impiannya untuk menjadi doktor.

Dia kembali ke rumah keluarga dan ditemui mati tergantung.

"Ted mempunyai banyak kelebihan tetapi dalam masa yang pendek. Dia mempunyai bakat sebagai pemain ragbi serta minatnya dalam semua jenis sukan.

"Dia pergi ke sekolah perubatan selepas setahun  dengan usaha yang gigih," ujar abangnya, Max.

Gantung diri, Gurau

Artikel Lain