suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pencuri 'Histeria' Ditangkap Kumpulan Mak Nyah

-foto FB Becka Bacardy/Tribun

SEKUMPULAN wanita transgender atau disebut sebagai 'waria' (wanita dan pria) di Jakarta menunjukkan mereka bukanlah kelompok yang lemah setelah video mereka menangkap seorang lelaki yang didakwa pencuri tular.

Dalam video tular itu yang turut disiarkan dalam Liputan 6, sekumpulan waria mengelilingi seorang lelaki tidak berbaju yang meraung dan memohon belas kasihan daripada kumpulan tersebut.

Salah seorang daripada mereka didengar berkata kepada lelaki itu: "Berani kamu menangis! Kamu perlu bertanggungjawab. Jangan main-main dengan waria!"

Kemudian berlaku satu adegan lucu apabila salah seorang daripada mereka bertanya kepada rakannya nombor telefon polis, yang mana rakannya menjawab 'nombor telefon polis boleh didapati di Google'.

Video itu kemudian menunjukkan situasi dalam sebuah kereta polis, yang mana salah seorang waria sempat merakamkan video selfie menunjukkan mereka sedang menuju ke balai polis di Puri Kembangan, Jakarta Barat.

Polis yang memandu dilihat terhibur dengan gelagatnya.

Menurut Tribun, kumpulan tersebut sedang melepak di tempat biasa mereka untuk menunggu pelanggan seks, apabila suspek datang kepada salah seorang daripada mereka dan bertanya tentang harga perkhidmatan yang ditawarkan.

Keadaan menjadi kecoh kerana dia didakwa merampas telefon bimbit salah seorang daripada waria dan cuba melarikan diri.

"Dia tanya bayaran perkhidmatan, seribu rupiah ia kemudian terus berlari dan kami menangkapnya," kata seorang waria, seperti memetik Tribun.

Waria itu kemudian membuka pakaiannya sehingga separuh bogel dan berbincang sesama mereka sama ada lelaki itu harus dibelasah.

Kumpulan itu memutuskan untuk memilih tindakan yang betul dan menyerahkan pencuri itu kepada polis.

waria, pondan, mak nyah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain