Orang Utan Ditemui Mati Tanpa Kepala, Tiada Bulu - Dunia | mStar

Orang Utan Ditemui Mati Tanpa Kepala, Tiada Bulu

-foto Agensi Pemuliharaan Tengah Kalimantan

JAKARTA: Pihak berkuasa pemuliharaan di Indonesia sedang menyiasat kes kematian seekor orang utan yang ditemui tidak berkepala dan dipercayai disiksa awal minggu ini di sebuah sungai di tengah Borneo.

Seorang penduduk kampung di daerah Barito Selatan, Kalimantan Tengah, menemui bangkai seekor orang utan jantan yang terapung pada Isnin, menurut Ketua Agensi Perlindungan Sumber Alam di tengah Kalimantan, Adib Gunawan.

Katanya, berdasarkan keadaan bangkai, ia dipercayai telah berada di dalam air selama dua hari sebelum dijumpai.

Badannya tidak berbulu dan dipenuhi luka. Lengannya juga hampir terputus, menunjukkan bahawa ia telah mengalami penyalahgunaan yang teruk sebelum dibunuh.

"Kami membuat pelarasan dengan pihak polis untuk menyiasat kes ini," kata Adib.

Pihak berkuasa menjalankan ujian awal ke atas bangkai sebelum ia ditanam, sambil menyatakan kebimbangan penyebaran penyakit.

Tindakan terburu-buru itu yang dilakukan sebelum nekropsi yang sempurna dapat dilakukan, dikritik oleh aktivis pemuliharaan hidupan liar.

Pengarah di Pusat Perlindungan Orang Utan, Ramadhani berkata proses nekropsi akan menjadi kunci untuk mengetahui bagaimana haiwan itu mati dan dengan itu membantu dalam siasatan.

"Kita boleh memeriksa paru-parunya untuk melihat apakah orang utan itu meninggal dunia akibat lemas atau dibunuh sebelum dibuang ke sungai," kata Ramadhani.

"Kematian hidupan liar tidak boleh dianggap ringan. Kita mesti mengikut prosedur dahulu sebelum menanam bangkai."

Orang Utan Borneo dikategorikan oleh IUCN sebagai 'Terancam Secara Kritikal'.

Ancaman utama terhadap kelangsungan spesies ini adalah kehilangan habitat, pembakaran hutan di seluruh Borneo untuk perladangan dan haiwan itu diburu.

Pengusaha ladang kelapa sawit, khususnya, menganggap orang utan sebagai perosak kerana haiwan itu dikenali suka makan buah kelapa sawit dan pendedahan mendapati terdapat pengusaha yang sanggup mengupah orang tempatan membunuh orang utan. -mongabaynews

Orang Utan , bangkai

Artikel Sebelum

Pencuri 'Histeria' Ditangkap Kumpulan Mak Nyah

Artikel Berikut

Twiggy Buat Penonton Tergamam

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain