suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Berpatah Balik Gara-Gara Penumpang Misteri

SEBUAH pesawat yang berlepas dari Los Angeles menuju ke Tokyo terpaksa berpatah balik gara-gara seorang penumpang 'misteri' berada di dalam pesawat tersebut.

Pesawat All Nippon Airways (ANA) 175 meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles kira-kira pukul 11.30 pagi Selasa.

Namun ia tidak sempat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan berpatah kembali ke lokasi asal.

Seorang model, Chrissy Teigen yang berada di dalam pesawat itu menerusi Twitternya memberitahu pesawat berkenaan berpatah balik selepas menempuh perjalanan selama empat jam.

Teigen berkata penumpang dimaklumkan bahawa seseorang telah menaiki pesawat itu dengan menggunakan tiket United Airlines.

Pesawat itu mendarat di Los Angeles kira-kira tukul 7.30 malam.

Teigen berkata polis telah menyoal siasat penumpang yang duduk berhampiran individu tersebut.

Polis memberitahu berlaku sedikit salah faham tetapi ianya sudah diselesaikan.

Pesawat tersebut dijadual berlepas semula ke Tokyo hari ini.

ANA 175

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nenek Pun Minat Rahul

Artikel Lain