Prayut Enggan Jadi Perengus Lagi - Dunia | mStar

Prayut Enggan Jadi Perengus Lagi

Prayut memandu go-kart elektrik hasil inovasi kolej vokasional di wilayah Sukhothai selepas mesyuarat Kabinet pada Selasa.

PERDANA Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha berazam untuk membawa perubahan daripada segi pendekatannya dalam memimpin negara itu dan berjanji untuk tidak menjadi seorang perengus lagi.

Malahan beliau meletakkan tadbir urus yang baik dan demokrasi sebagai tumpuan utamanya pada 2018.

"Saya berharap tahun depan adalah tahun yang membawa kejayaan, tahun dengan banyak peluang, selain persediaan untuk demokrasi dan tadbir urus yang baik," demikian umumnya ketika berucap selepas mesyuarat Kabinet di Sukhothai pada Selasa.

"Bersama kita untuk mengurangkan konflik dan membawa kedamaian. Jangan beri peluang untuk saya menguat kuasa perundangan terlalu banyak," katanya sambil berharap rakyat Thailand bergembira meluangkan masa bersama keluarga sepanjang cuti hujung tahun ini.

Beliau juga menggesa orang ramai supaya berhati-hati, mematuhi undang-undang dan memandu secara berhemah.

"Rasanya saya akan jadi PM dengan mood yang lebih baik tahun depan," katanya.

Sempena tahun baru 2018 juga, Kabinet yang diterajui Prayut telah meluluskan 85 projek  sebagai hadiah kepada rakyat negara itu termasuk pengecualian cukai pelancongan, penurunan kadar faedah untuk pinjaman melibatkan penduduk berpendapatan rendah dan program latihan teknologi untuk warga tua dan golongan kurang upaya.

Prayut , Sukhothai

Artikel Sebelum

Nenek Pun Minat Rahul

Artikel Berikut

Artikel Lain