suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ulang Tahun Perkahwinan Dikejutkan Kondom Terpakai

Hotel The Castle Wetherspoon. Foto Daily Post Wales

SEPASANG suami isteri yang mahu menyambut ulang tahun perkahwinan dikejutkan dengan penemuan kondom terpakai di bilik hotel mereka.

Penemuan itu apabila Donna Williams dan suami, Huw dari Hoylake, England itu berkunjung ke Wirral untuk menyambut ulang tahun perkahwinan keenam mereka.

Memetik laporan The Daily Post, bilik di Hotel The Castle Wetherspoon di bandar Ruthin itu kelihatan kemas termasuk katil selepas mereka mendaftar masuk.

Bagaimanapun Donna berkata, dia mencurigai mengenai sesuatu di atas katil.

"Saya bertanya kepada suami, apakah itu?

"Terdapat kondom yang telah digunakan di atas katil.

"Terdapat bungkusan yang telah dikoyak separuh dan separuh lagi di atas lantai di tepi katil," katanya.

Pasangan itu terpaksa mengambil kondom tersebut menggunakan tisu untuk dibuang.

Mereka kemudiannya pergi ke kaunter daftar masuk untuk memberitahu mengenai perkara itu.

Kakitangan memberitahu bahawa bilik pasangan itu telah dikemas, malah menawarkan untuk pertukaran bilik.

Jurucakap Wetherspoon, Eddie Gershon membuat permohonan maaf kepada pasangan tersebut.

"Perkara itu tidak pernah berlaku di hotel kami. Kami akan menyiasat dakwaan mereka dan memberikan maklum balas," katanya. - Mirror

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain