suria

Penyanyi Latar Dedah Serangan Seksual Richard Branson

-foto FB Antonia Jenae

SEORANG penyanyi latar kepada Joss Stone menuduh Sir Richard Branson 'meletakkan muka di lurahnya' dalam sebuah majlis di resort mewahnya di Necker Island.

Antonia Jenae, 44, mendakwa pengasas Virgin Group itu telah membuat 'bunyi enjin bot' semasa melakukannya.

Ia didakwa berlaku tujuh tahun lalu selepas Branson, 67, mengundang Stone dan ahli kumpulannya ke pulau itu selepas mereka membuat persembahan di festival Go Green di Tortola yang terletak di Kepulauan British Virgin.

Bercakap kepada The Sun, Jenae, dari Lauderdale Lakes, Florida, berkata: "Tingkah lakunya menjijikkan. Saya rasa ia adalah serangan seksual.

"Kami berada di bar dan dia mengucapkan selamat tinggal kepada semua orang. Dia kemudian datang kepada saya dan meletakkan mukanya di dada saya.

"Dia buat bunyi 'brrrrrr' dan kemudian berlalu pergi. Ia benar-benar berlaku dan saya tak sangka. Saya dan Joss terpinga-pinga apa yang dia cuba buat? Semua orang tertanya-tanya kenapa saya tidak marah kerana saya baran. Tetapi saya terlalu terkejut."


 

Dia menambah lelaki itu juga 'cuba meminta dia menunjukkan buah dadanya ketika mereka duduk di kolam tetapi dia menolak.

Seorang wakil Stone enggan mengulas.

Richard Branson. -fotoREUTERS

Satu kenyataan dari jurucakap Virgin Management berkata: "Joss Stone, ahli keluarganya dan kumpulannya telah dijemput ke Necker Island pada Jun 2010. Semua orang kelihatan menikmati masa mereka di pulau itu.

"Richard tidak mengingati hal ini, begitu juga keluarganya dan sahabatnya, yang bersama dengannya pada masa itu. Tidak akan ada niat untuk menyinggung perasaan atau membuat sesiapa berasa tidak selesa dalam apa cara sekali pun dan Richard meminta maaf jika ada yang merasakan seperti itu sewaktu mereka di pulau tersebut."

Bapa Stone, Richard Stoker, yang berada di pulau itu pada waktu itu, berkata: "Joss dan kumpulannya menikmati petang yang indah di Necker Island, semua orang bersemangat untuk berparti dan rasa senang dapat mengenali Richard dan keluarganya."

Dakwaan Jenae muncul selepas Branson mengaku dia pernah mencuba untuk 'menggoda' bekas teman wanita pelumba Formula 1 Jenson Button, Jessica Michibata sambil minum di sebuah pesta.

Richard menangani insiden itu dalam autobiografinya sendiri Finding My Virginity, dan berkata insiden tersebut menyebabkan dia tidak menyentuh alkohol selama enam bulan.

Dia menulis: "Jenson dan teman wanitanya duduk di meja sebelah, menikmati malam yang sunyi kerana dia terpaksa berlumba keesokan harinya.

"Sebaliknya saya yang keletihan, jetlag dan mabuk, tidak lagi menjadi diri saya. Seingat saya, saya tak pernah mabuk seperti itu."

Dia mengakui berjalan ke meja pasangan itu dan memberitahu Michabata 'betapa cantiknya dirinya'.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain