suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

235 Maut Serangan Bom Dalam Masjid

-fotoAFP

SINAI (Mesir): Sekurang-kurangnya 235 mangsa dilaporkan maut dalam kejadian pengeboman dan tembakan di sebuah masjid di Sinai.

Menurut laporan Al-Jazeera, 130 mangsa lain dilaporkan cedera dalam kejadian selepas solat Jumaat.

Media tempatan berkata satu letupan berlaku diikuti dengan bunyi tembakan yang dilepaskan ke arah jemaah masjid dari sebuah kenderaan.

Jalan Arish-Rafah yang terletak pada timur Sinai juga ditutup akibat serangan.

Serangan itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan pengganas, namun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

Saksi juga menyatakan penyerang melepaskan tembakan ke arah para jemaah.

Sementara itu, stesen televisyen tempatan mengesahkan, kerajaan Mesir mengisytiharkan tiga hari sebagai hari berkabung selepas serangan tersebut.

serangan Mesir, al-Rawda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain