suria

Kecoh 'Amuk' Di Oxford Street London

Orang ramai melarikan diri dalam satu kejadian di Oxford Street, London. Foto Reuters

POLIS mendedahkan gambar dua lelaki yang dipercayai memulakan kekecohan di Oxford Street, London susulan satu pergaduhan di kawasan membeli-belah terkenal itu.

Saksi berkata, dua lelaki berkenaan bertembung antara satu sama lain sebelum melepaskan beberapa tumbukan.

Kejadian berlaku berdekatan dengan stesen kereta api bawah tanah Oxford Circus.

Orang ramai dilaporkan mendengar bunyi tembakan pada kira-kira 4.40 petang (12.40 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Seorang polis bersenjata mengawal keadan di Oxford Street, London. Foto Reuters

Polis kemudiannya bergegas ke stesen tersebut dan mengarahkan pemindahan dilakukan.

Polis bersenjata mengawal keadaan seperti protokol menangani serangan pengganas, di tumpuan membeli-belah terkenal di Britain itu.

Beberapa kedai dan bukti ditutup, manakala yang lain mencari perlindungan di kawasan bawah tanah bangunan.

Keadaan yang berlaku mengakibatkan beberapa orang awam cedera dan sembilan dibawa ke hospital, termasuk salah seorangnya cedera di bahagian kaki. - Mail Online


Oxford Street

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Meremang Bulu Roma!

Artikel Lain