suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dilarang Bergambar Di Masjidil Haram, Masjid Nabawi?

Kerajaan Arab Saudi mengenakan larangan bergambar dan mengambil video di Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Makkah. Foto THE JAKARTA POST/ASIA NEWS NETWORK

JAKARTA: Kerajaan Arab Saudi mengenakan larangan mengambil gambar dan video menggunakan mana-mana peranti untuk sebarang tujuan di dua masjid di Tanah Suci.

Menurut beberapa laporan, larangan tersebut dikenakan di Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Makkah.

Akhbar Turki, Daily Sabah melaporkan bahawa larangan itu dikeluarkan oleh Kementerian Luar Arab Saudi pada 12 November lalu.

Jakarta Post melaporkan perubahan tersebut disampaikan oleh Kementerian Luar Arab Saudi menerusi nota diplomatik yang dikirimkan kepada wakil-wakil negara yang terakreditasi di Arab Saudi, termasuk kedutaan Indonesia di Riyadh. 

Kedutaan itu menerima surat berkenaan pada 15 November lalu.

Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa langkah itu dikenakan untuk melindungi dan memelihara kesucian tempat itu dan tidak menganggu jemaah beribadah. – The Jakarta Post/Asia News Network 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain