suria

Anjing ‘Patah Hati’ Akhirnya Mati

COLOMBIA: Sudah terbukti bahawa manusia boleh mati jika dilanda kesedihan melampau ataupun patah hati, dan situasi ini juga boleh berlaku kepada haiwan peliharaan.

Seekor anjing dipercayai mati kerana terlalu sedih selepas ditinggalkan oleh pemiliknya di terminal Lapangan Terbang Palonegro, Bucaramanga, Colombia.

Menurut pekerja di situ, anjing betina itu merayau-rayau selama sebulan di lapangan terbang itu bagi mencari pemiliknya.

Haiwan itu juga kerap menghidu orang ramai di lapangan terbang itu sebelum berputus asa dan terbaring lesu di tepi dinding, lapor The Telegraph.

Anjing itu diberi gelaran "Nube Viajera atau pun "Wandering Cloud" oleh doktor haiwan yang merawatnya.

"Kami merasakan ia ditinggalkan oleh pemiliknya di lapangan terbang itu. Sebab itu dia tidak pernah meninggalkan kawasan itu," ujar Dr Alejandro Sotomonte.

Anjing itu yang sentiasa murung itu enggan makan dan minum menyebabkan dia semakin lemah.

Haiwan itu  juga dibawa ke pusat perlindungan selepas diselamatkan oleh beberapa petugas haiwan.

Namun, kesihatannya bertambah teruk sehingga tidak mampu untuk bangun.

Kesedihan dan tekanan anjing itu semakin ketara sewaktu saat-saat terakhir kematiannya.

Walaupun diberi makanan dan suntikan ubat-ubatan, ia tidak mampu menyelamatkan anjing malan itu.

Dalam pada itu, The New Straits Time awal tahun ini melaporkan seorang doktor berkata, manusia juga boleh mati kerana kesedihan.

Di Singapura, doktor telah menyaksikan pesakit mengalami simptom patah hati yang mana individu berkenaan menjadi lemah kerana tekanan emosi.

Emosi seperti sedih, marah, dan takut boleh mencetus pelepasan hormon tekanan seperti adrenalin.

"Situasi ini boleh memberi tekanan kepada otot jantung," ujar seorang ahli kardiologi.

Kena tinggal, anjing

Artikel Sebelum

'Impian Cinderella' Jadi Realiti

Artikel Berikut

Artikel Lain