suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh Ular Dalam Kereta Api

SEORANG lelaki warga Indonesia menjadi hero apabila membunuh seekor ular yang ditemui menyelinap masuk ke dalam kereta api dengan hanya menggunakan tangannya.

Ketika kejadian, kereta api tersebut dalam perjalanan ke Jakarta dari Bogor, selatan ibu negara itu.

Pemandu kereta api membuat brek kecemasan apabila haiwan reptilia itu dikesan di atas rak tempat menyimpan bagasi.

Menerusi rakaman yang menggunakan telefon pintar sehingga menjadi tular, menunjukkan seorang lelaki memegang ekor ular tersebut dan memukul kepalanya dengan cara melibas.

Ia kemudiannya mati serta-merta sekali gus mengejutkan para penumpang, termasuk seorang pegawai keselamatan kereta api, masing-masing berada jauh di belakang lelaki berkenaan.

Bagaimanapun tidak dipastikan apakah jenis ular tersebut. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Pengendali kereta api KCI berkata, ular yang menyelinap masuk itu dipercayai keluar dari beg seorang penumpang.

"Kami kesal dengan kejadian yang berlaku dan memohon maaf kepada penumpang yang terjejas," kata jurucakap, Eva Chairunnisa kepada AFP. - telegraph

Artikel Berikut

Artikel Lain